Assalamualaikum, hari ini saya akan menceritakan sedikit tentang pokok gaharu. . .
Pokok gaharu adalah sejenis pokok balak yang dahulunya hanya boleh didapati di hutan.
Orang Melayu dan orang asli Penan di Sarawak memanggil gaharu dengan nama pokok depu, pokok kikaras atau pokok tengkaras. Manakala dalam bahasa inggeris ia di panggil dengan nama agarwood , aloewood atau eaglewood.
Pokok gaharu Klon Vietnam di Gadong
Indah Negeri
Sembilan yang di tanam sendiri oleh syarikat Senama Agro Gaharu
|
Pokok gaharu mempunyai beberapa spesis dan yang paling sesuai untuk di jadikan tanaman komersial adalah spesis Subintegra atau A.Crassna klon vietnam. Ini kerana spesis ini mempunyai tempoh matang yang singkat(5 tahun), sangat sesuai dengan iklim di Malaysia, mempunyai daya tahan yang sangat kuat dan pokok ini dapat menghasilkan minyak yang sangat banyak.
Pokok gaharu sesuai di tanam di semua jenis tanah kecuali tanah berpaya dan kawasan air yang bertakung.Pokok gaharu juga boleh di sulam dengan pokok getah dan kelapa sawit (integrated farm).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan